Kelas Canva Pembentangan secara Atas Talian

25 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Oktober 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas Canva secara atas talian. Kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan peserta yang ingin membuat tugasan sekolah iaitu laporan untuk dibentangkan di dalam kelas. Peserta diajarkan cara menggunakan aplikasi atas talian iaitu Canva. Sepanjang kelas berlangsung, peserta mengikuti dan menepati norma baharu yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di samping kelas diadakan secara atas talian tana melibatkan staf dan peserta berhubung secara lansung menggunakan aplikasi komunikasi atas talian iaitu Zoom. Tambahan lagi, peserta turut didedahkan dengan pelbagai kegunaan daripada aplikasi Canva ini. Peserta diajarkan cara menggunakan butang templat untuk memilih kategori tugasan yang hendak dipelajari.

Selain itu, peserta diminta untuk membuat tugasan ini dengan berkongsi paparan skrin disamping mengolah pembentangan menggunakan templat “presentation” yang terdapat pada Canva ini. Seterusnya, melalui kelas ini juga peserta dapat mempraktikkan penggunaan “browser”, perkakasan komputer seperti papan kekunci dan tetikus. Akhir sekali, peserta diberikan tugasan untuk menyiapkan pembentangan tersebut. Kelas bermula pada jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari, iaitu brlangsung selama dua (2) jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali